BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pages

Mar 24, 2010

+++seminar at PRISCORT HOTEL+++



MENJANA KEJAYAAN MELALUI IDEA JUALAN YANG BERKESAN

DATE  : 24 MAC 2010, RABU

VENUE  : PRISCORT HOTEL

TIME  : 7 P.M

SPEAKER : DR. RIZAL NAIDU

Seminar yang diberikan memang amat berkesan dan membakar semangat kami bagi memantapkan lagi usaha dan idea kami..Semoga ilmu yang diberikan akan kami gunakan di masa akan datang...




+++DINNER+++



BRANCH DINNER KL1,KL2, & KAJANG..

DATE   :  16 MAC 2010

VENUE  : ROYAL CHULAN HOTEL

TIME  : 6.00 P.M

Seramai 500 orang yang hadir ke Dinner ini..Pertama kali kami Kump Teguh bergabung dengan KL..Selama ini Dinner kami sentiasa diadakan di Seremban..Papepun memang happening lah..Dinner ni diadakan bagi meraikan kejayaan semua CC,MC n C yang telah mencapai target 2009..S0 tahniah pada yang menang...


meraikan kejayaan CC kami, En Zamri Yahya..


Top CC,Top Mc, n Top C, MDRT n Top Rookie..Tahniah!!!




marilah sertai kami!!!

Feb 25, 2010

kisah kami di JAKARTA..

Salam...
Hye semua. Bertemu kembali kita. Disini saya nak coretkan tentang pengalaman saya bersama group saya ke JAKARTA.Memang xcited la sebab saya pergi ke sana pun free je. Cuma makan sendiri lah tapi memang berbaloi..Biasalah quota rendah dalam RM10,000 fyp je. Berbaloi kan??klu company lain nak bagi x percutian sebegini???renung-renungkan lah.Lagipun Contest nie hanya diberi kepada Agensi tertentu je.Jumlah yang pergi pun x de lah ramai sangat dalam 60 orang je.Itu pun gabungan 2 Agensi iaitu Teguh & Era Bumi.


Saya memang enjoy lah dekat sana. Shopping memang murah.Cowok pun tampan gitu. Tapi yang x best nya kat sana boleh lak saya sakit. Orang lain seronok pi sana sini saya terlantar kat bilik. Memang menyakitkan hatilah. Nasib baik es0knya saya sihat seperti biasa. Cuma saya sedikit frust la x dapat melawat banyak tempat sebab x sempat kan?saya harap akan datang saya akan sampai sini semula.


So di kesempatan ini saya nk ucapkan ribuan terima kasih kepada MAA TAKAFUL.Dan kepada semua yang terlibat terima kasih banyak-banyak.Nanti jumpa lagi k..wasalam..

Teguh Group Di JAKARTA.Ramai sebenarnya tapi yang lain-lain 2 x bangun lagi..hhehehe

shopping..last day:-(

Malam yang dingin....hehehe

bye...jumpa lagi:-)

TEGUH DI HATYAI

 TEGUH EMPIRE DI HATYAI..12/3/2009 - 15/3/2009


Salam semua..
HATYAI..Camna la ye tempat nie boleh dapat nama. Tp ditempat inilah juga kami Kelab TEGUH telah berkumpul. Semua ni adalah jasa baik dari pihak MAA TAKAFUL membawa kami sehingga ke sana. Seramai 40 orang menyertai percutian kali nie..aku?mestilah seronok..Pertama kali sampai ke sana.Kami ke sana dengan menaiki 2 bas. 1 hari gak la nak sampai sana. Walaupun perjalanan memenatkan tapi sampai saja disana kami telah dihidangkan dengan bermacam-macam hidangan. Alhamdulilah..dari hari pertama kami disana sehingga lah kami kembali ke Malaysia semuanya ditanggung oleh MAA TAKAFUL..TERIMA KASIH MAA TAKAAFUL..


seawal jam 8 pagi..




Me & my bos Zamri Yahya



Makanan yang lazat.Tq Maa Takaful




Dengan teksi Hatyai..


Feb 24, 2010

KETAHUI TENTANG SMART MEDIC TAKAFUL

Salam kawan-kawan..
Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kes sara hidup & pendidikan anak-anak anda & orang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga & tidak dapat dielakkan boleh menghabikan keseluruhan simpanan anda. Dengan SMART MEDIC, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin & menguruskan segala bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SMART MEDIC memberikan anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif & berkualiti terutama sekali apabila anda memerlukannya.PERLINDUNGAN INI ADALAH DISELURUH DUNIA...

BORAK-BORAK

 apa yang akan anda lakukan jika perbelanjaan bulan ini melebihi pendapatan bulanan???ini membabitkan mereka yang makan gaji. Pertama, adakah anda akan berniaga kecil-kecilan dengan membuka kedai makan???bergiat secara aktif dalam perniagaan secara lansung @ menjual TAKAFUL & saham amanah??@ ketiga anda berhenti makan gaji & berniaga sepenuh masa. Semua itu bergantung kepada kesungguhan & kemahuan. Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Ia juga tertakluk kepada kemahiran dan kebolehan untuk berjaya serta mengharungi cabaran. Makan gaji tiada cabaran tetapi pendapatannya TETAP & KECIL.Berniaga pula banyak cabaran,tetapi jika bekerja keras, pasti mendapat pendapatan lumayan. Nak dijadikan cerita, seorang teman mendapat RM120,000.00 sebulan dengan membuat TAKAFUL. Sebenarnya ada consultant TAKAFUL mendapat RM1.2 juta sebulan. Carilah & belajar daripada individu tersebut.Tidak hairan bukan dalam usia muda mereka memandu kereta FERRARI. Hakikatnya apa yang dibuat mesti mendatangkan hasil@ menambahkan pendapatan. Jika tidak lumayan sekalipun ia mungkin cukup menampungkekurangan pendapatan & lebihan perbelanjaan berikutan perkembangan terbaru dalam kenaikkan harga minyak dunia. Jika tidak berusaha mencapainya anda sendiri yang akan ketinggalan....



RENUNG-RENUNGKAN

Kawan-kawanku sekalian,

Masih ramai yang tidak memahami & sedar mengenai kepentingan memiliki TAKAFUL walaupun ia memberi banyak kebaikan kepada mereka yang mengambilnya & kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri seperti kata pepatah orang lama ''malang tidak berbau''. Kadangkala tanpa disangka, seseorang yang muda & sihat diserang sakit kronik @ kemalangan hingga tidak berupaya lagi untuk bekerja.Disini lah TAKAFUL memainkan peranan dalam memberi perlindungan kepada seseorang.Kepada mereka yang masih muda & sihat serta berkemampuan untuk mengambil TAKAFUL digalakkan mengambilnya kerana lebih muda usia seseorang itu bermula, lebih tinggi pulangannya apabila tempoh MATANG TAKAFUL...TAKAFUL mengamalkan PELABURAN SECARA ISLAMIK.Saya tahu ada sesetengah orang terutamanya orang ISLAM bimbang jika duit yang dilaburkan mempunyai unsur RIBA tapi sekarang TAKAFUL adalah pilihannya.TANPA KITA SEDARI,MENGAMBIL TAKAFUL ADALAH SATU TINDAKAN YANG AMAT BIJAK & SESEORANG ITU BOLEH MENGAMBIL LEBIH DARI SATU JENIS TAKAFUL JIKA BERKEMAMPUAN, LEBIH BANYAK KITA ADA LEBIH MENJAMIN KEHIDUPAN KITA...renung-renungkan

Feb 23, 2010

TAKAFUL : ALTERNATIF YANG HALAL

salam kawan-kawan...

Agama Islam menggalakkan TAKAFUL kerana ia berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa kemalangan @ kematian. Prinsip Takarru'(memberi pertolongan) menjadi dasar kepada perlaksanaan sistem TAKAFUL yang berbeza dari INSURANCE nyawa yang lain. Ramai yang belum faham dengan konsep TAKAFUL. Bahkan ada yang beranggapanTAKAFUL sama ada dengan INSURANCE biasa. Sama-sama memperniagakan nyawa @ tubuh badan. Oleh itu bagi mereka penyertaan dalam TAKAFUL adalah berdosa. Pernah terjadi salah faham akibat tidak memahami konsep sebenar TAKAFUL. Perkataan TAKAFUL bermaksud saling menjamin, menjaga & memelihara. TAKAFUL berasal dari bahasa arab yang diambil dari kata dasar perbuatan ''KAFALA''. Agama Islam menggalakkan TAKAFUL kerana ia berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa kemalangan @ kematian. Saranan & galakan untuk saling membantu terdapat dalam banyak ayat Al-Quran. Antaranya : ''dan bertolong-tolonglah kamu dalam hal kebaikan & ketaqwaan & janganlah kamu bertolong bantu dalam permusuhan.Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu amat berat seksanya..(Al Maidah:2)