salam kawan-kawan...
Agama Islam menggalakkan TAKAFUL kerana ia berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa kemalangan @ kematian. Prinsip Takarru'(memberi pertolongan) menjadi dasar kepada perlaksanaan sistem TAKAFUL yang berbeza dari INSURANCE nyawa yang lain. Ramai yang belum faham dengan konsep TAKAFUL. Bahkan ada yang beranggapanTAKAFUL sama ada dengan INSURANCE biasa. Sama-sama memperniagakan nyawa @ tubuh badan. Oleh itu bagi mereka penyertaan dalam TAKAFUL adalah berdosa. Pernah terjadi salah faham akibat tidak memahami konsep sebenar TAKAFUL. Perkataan TAKAFUL bermaksud saling menjamin, menjaga & memelihara. TAKAFUL berasal dari bahasa arab yang diambil dari kata dasar perbuatan ''KAFALA''. Agama Islam menggalakkan TAKAFUL kerana ia berperanan meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang ditimpa kemalangan @ kematian. Saranan & galakan untuk saling membantu terdapat dalam banyak ayat Al-Quran. Antaranya : ''dan bertolong-tolonglah kamu dalam hal kebaikan & ketaqwaan & janganlah kamu bertolong bantu dalam permusuhan.Dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu amat berat seksanya..(Al Maidah:2)
Feb 23, 2010
TAKAFUL : ALTERNATIF YANG HALAL
Posted by mimieainna at 2/23/2010 08:23:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment